Isnin, 1 Mac 2010

Kisah Tauladan anak derhaka...

.................... "Gini... ..ada orang cerita... .kejadian kat sebuah pekan di Johor.
Lebih kurang macam cerita mayat bertukar jadi khinzir... gitulah lebih
kurang. Kisah seorang anak yang tak pernah ngikut kat kedua orang
tuanya. Bak kata orang, dah berbuih dah mulut bagi nasihat, tapi si
anak ini (seorang lelaki) tetap dengan kedegilan dan perangai samseng
serta kurang ajarnya. Nak jadi cerita, ayah si pemudaini pun
meninggal dunia dan beberapa bulan selepas kematian ayahnya,
baharulah timbul keinsafan di hatinya tentang segala salah-laku dan
perangai buruk yang diperbuatnya selama ini. Terlintas dihatinya
untuk minta ampun kepada ayahnya tetapi si ayah sudahpun bersemadi di
liang lahad. Barangkali, kerana desakan keinsafan yang semakin
menebal dalam diri anak muda itu, akhirnya dia menemui seorang lebai
di sebuah masjid di kampungnya. Lalu diceritakannyalah perihal
keadaan dirinya di masa lalu dan keinginannya untuk meminta keampunan
daripada ayahnya yang sudah menjadi arwah itu. Lalu berkatalah si
lebai kepada anak muda itu. " Tidak mungkin kau boleh meminta maaf


pada ayah kau yang dah meninggal itu, tapi keinsafan yang menjelma
dalam dirikau sekarang ini sudah cukup membuatkan roh ayah kau itu
tidak teruk menderita dan tersiksa. Kalau kau masih sayangkan ayahkau
itu, pergilah ke kuburnya dan bacakanlah talkin serta siramlah air di
atas pusaranya. "

Semasa kecilnya anak muda ini kurang mendapat didikan agama. Nak baca
talkin macam mana, sedangkan membaca al-fatihahpun masih merangkak.
Namun si anak muda ini tetap ikhlas terhadap hasratnya ke kubur
ayahnya dan menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang diberikan
oleh si lebai tadi.

Sepulangnya anak muda itu ke rumahnya, lalu diletakkannyalah bekas
air (mawar) itu di suatu sudut di dapur rumahnya. Beliau bercadang
untuk ke kubur ayahnya selepas solat asar nanti. Entah macamana,
tertidurlah dia dan sedang dia tidur itu, emaknya memasak air (mawar)
tadi dan dibancuhnyalah dengan susu.

Si anakpun, kerana tekadnya, bangun dan segera ke dapur untuk
mengambil bekas air (mawar) itu. Alangkah cemasnya anak muda itu
apabila didapatinya bekas itu sudah kosong. Lalu bertanyalah anak
muda itu kepada emaknya. " Di mana air di dalam bekas ini ? " tanya
anak muda. " Emak dah masak dan buatkan teh susu " jawab si emak."
Haaa... dah buat teh susu ? " tanya anak muda itu terperanjat. "
Iya... tu atas meja tu, kenapa kau terperanjat ?" tanya si emak. " Itu
air mawar... saya nak siram atas kubur ayah. " ujar anak muda.

Barangkali si emak juga kurang pendidikan agama lalu keluarlah
jawapan ini kepada anak lelakinya itu. " La... mana mak tau, alah kau
bawa aje teh susu itu ke kubur ayah kau dan siramkan atas kubur ayah
kau itu." jawab si emak. Si anak muda yang lurus bendul itupun
membawalah cerek berisi air teh susu itu ke kubur ayahnya lalu
disiramnya air teh susu itu di atas pusara ayahnya.

Maha Suci Allah, sebaik sahaja air teh susu itu disiram di atas
pusara ayahnya, lalu tiba-tiba bumi yang dipijaknya bagaikan
bergoncang dan bergegar. Dia melihat sekeliling kawasan perkuburan
itu, tiada apa yang dilihatnya yang boleh membawa kepada goncangan
yang sebegitu kuat itu.

Pun begitu, anak muda itu tidak panik dan tidak pula lari kerana dia
tahu, itu ialah kubur ayahnya. Dia terpaku apabila dilihatnya, kubur
ayahnya merekah dan keluarlah asap memutih dan dari celahan retakan
kubur ayahnya itu, keluarlah sebelah tangan iaitu tangan yang sebelah
kanan berdasarkan kedudukan jari-jemari tangan itu. Anak muda itu
semakin tercengang apabila tangan itu mula merapatkan jari-jarinya
dan hanya ibu jari yang terhala ke atas seolah-olah menunjukkan tanda
" bagus / good " kepadanya.

Tiba-tiba,kedengaran satu suara ghaib dari dalam kubur itu :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

ADAKAH ANDA MEMHADAPI MASALAH BERKALAN AIR?

Foto saya
Assalammualaikum.. To Blogger-blogger who loved jom our link exchange. How to change the link to the blog Tau9eh.blogspot.com confirm the following information: Code: Blog Name: Your URL: Description: This blog now has a new mission. Tau9eh I hope this blog can go further. So, what are you waiting for? Jom! us together to exchange link exchange. Link your blog will be arranged in chronological order of the alphabet.